Sunday, June 20, 2010

hortikultur tu ape??

salam...adehh,sementare menunggu utk ke sparuh mse ke 2 prlawanan bola sepak piala dunia..brazil th mndahului ivory coast 1-0..aku amek ksempatan jap wat entry neh..entry kali neh aku nk bg taw sket ape tu hortikultur...mmg xde kne mgena ngan piala dunia..tp de kne mgena ngan kos yg aku akan amek kt UPM Serdang t..ramay org tnye aku pe tu hortikultur..aku pon trgagap gak jwb...so ni lah serba sdikit pengenalan hortikultur...


Apa itu hortikultur?
Ianya dari dua perkataan Latin iaitu
Horte - taman
Colere - cultivate (land) / menanam, mengerjakan, mengusahakan;

apabila digabungkan;
1. Sains atau seni menanam (cultivate) buah-buahan, sayur-sayuran, bunga-bungaan atau tumbuhan ornamental (hiasan).
2. Penanaman dan penjagaan taman.
*sumber: http://www.answers.com/topic/horticulture

Sinopsis Jurusan

Bacelor Sains Hortikultur adalah program pengajian sepenuh masa yang memberi penekanan kepada kefahaman asas saintifik, teknikal dan pengurusan dalam bidang hortikultur. Pelajar akan dilengkapkan dengan kemahiran, teknik dan amalan hortikultur. Ini akan membolehkan mereka menterjemah ilmu yang dipelajari kepada pengurusan teknologi moden dalam industri hortikultur untuk faedah manusia sejagat. Kursus dalam program ini merangkumi sains asas, biologi gunaan, sains tanah, ekonomi dan pengurusan serta komunikasi. Aspek-aspek pengurusan sumber, perancangan dan penilaian bisnes hortikultur merupakan komponen penting dalam program ini. Selain daripada latihan dalam kampus, pelajar akan didedahkan kepada situasi sebenar dengan menjalani latihan praktikal di industri berkenaan.


hurmm..setakat tu je la yg boleh aku knalkan ttg hortikultur neh..sekaligus pengenalan kos yg bakal aku amek t..daaa...

1 comments:

Mira Zaini said...

sy bakal junior di UPM Hortikultur~~~

Post a Comment

Widget