Sunday, May 30, 2010

Kalau binatang ade facebook..


huhuu...korang sume mst de fesbuk kan??..tp prnah x trfikir kalu binatang pon de fesbuk?..huhuu,agak2 pe la status yg diorg letak kt fesbuk diorg neh...let's check it out..yeahh!!..

Nyamuk : Baru habis ronda rumah Ajoi… kenyang burp, Alhamdulillah…

Cicak : isteriku tersepit pintu

Kucing Betina: “Anak i yang ke-5 baru tanya siapa bapaknya. I bingung nak jawab apa. I sendiri lupa bapaknya siapa.”

Ayam : Kawan2…kalu esok guwe tak update…bererti guwe udah di goreng….I luv u all… jangan luper wat kenduri arwah untuk I yaa…

Nyamuk: Siot, sekali drug addict gua hantam. Gua positif HIV AIDS… uwaaaaaaa

Kucing: Baru je add awek sebelah umah… keturunan PARSI beb!!!

Tikus: Operasi malam ni… selongkar kitchen kabinet… sape nak ikot?

hahaa...adehhh..xleh blaahh tol la..

Kata-kata hikmah...



1) Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun
hanyasekadar senyuman.

2) Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar di
lautan telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah
iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di
lautan hidup ini.

3) Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam
kenangan.

4) Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu
penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi
mainan orang.

5) Hati yg terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali
kepada bentuk asalnya.

6) Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada
kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.

7) Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan
keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia
akan pecah.

8) Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam
kehinaan.
Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan
banyak tapi diiringi dengan riak.

9) Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada
insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.

10) Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari
batu.
Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti
sutera.

11) Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yang
tingginya enam kaki.

12) Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu
mengecewakan agama.

13) Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.

14) Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di
malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.

15) Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.

16) Seseorang yang bijak melahirkan kata-kata selalunya disanjung
sehingga ia mula bercakap kosong

17) Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan
berkembang jika ianya digunakan.

18) Kekayaan bukanlah satu dosa dan kecantikan bukanlah satu kesalahan.
Oleh
itu jika anda memiliki kedua-duanya janganlah anda lupa pada Yang Maha
Berkuasa.

19) Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang berhampiran. Jikalau pun
kamu tidak terkena jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya.

20) Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri dilahirkan dari sebuah kemesraan.

21) Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua
untuk bertaubat.

22) Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan
rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

23) Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata
terbuka belum bererti ia melihat.

24) Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat
berteduh.
Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya
layak dibuat kayu api.

25) Menulis sepuluh jilid buku mengenai falsafah lebih mudah daripada
melaksanakan sepotong pesanan.

26) Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu
kadang-kadang menumpahkan darah.

27) Kegembiraan ibarat semburan pewangi, pabila kita memakainya semua
akan dapat merasa keharumannya. Oleh itu berikanlah walau secebis
kegembiraan yang anda miliki itu kepada teman anda.

28) Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah
untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang.

29) Reaksi emosi jangan dituruti kerana implikasinya tidak seperti yang
diimaginasi .

30) Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar.
Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan.
Sahabat sejati menjadi pendorong impian.
Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah

Blogger Buzz: Blogger integrates with Amazon Associates

Blogger Buzz: Blogger integrates with Amazon Associates

Cute Choclate..

ramai org yg ske mkn ceklat..trmasuklah aku..tp prnah x korg nampak atau mkn coklat yg cantik lagi kiut miut..hahaa..entry kali ni aku nk share ttg pembuatan coklat yg kiut gak arr..nampak pon sodap..tp mcm syg jek nk mkn kalu da cantek mcm neh..huhuu..jom cuci2 mate kat sini...


hehee..actually bkan la ceklat sgt pon..cme strawberry yg dsaluti ceklat jek..tp mcm mane pon nampk menarik dan kreatif...huhuu..

Saturday, May 29, 2010

Kumpulan dan Jadual Perlwanan Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan


halohaa...sedar x sedar piala dunia xsmpai 2 mggu je lagi untuk bermule...kehangatan dah aku rase skang neh..rmay dah yg pkai bju2 pasukan pilihan diorg...de yg sokong England,Perancis,Brazil dan macam2 lagi laa..lantak diorg laa,yang penting aku sokong pasukan The Oranje iaitu Belanda..yeaahh!!..oleh tu, aku nak share ngan korang kumpulan dan jadual perlawanan piala dunia neh..

KUMPULAN



JADUAL



IMAM MUDA (ASTRO OASIS)

tamat sudah akademi fantasia 8...sebenarnye bg aku af8 kali ni lebih menonjol dari af sebelomnye..bakat2 yang dicungkil kali ini lebih berkualiti berbanding sblumnye..walaubagaimanapun kemenangan telah dimiliki oleh saudara shahir yang berasal dari Perak...bg aku dye mmg ptot menang sbb mempunyai suara yang mantap...tp dlm entry kali ni aku xnak komen ttg af8 neh...aku nk share ttg fenomena baru yg melanda rakyat Malaysia khususnya..imam muda,sape yg xtaw..rancangan realiti baru kat astro oasis...bg aku rancangan ni bagus untuk golongan mude..dah name pon imam mude..yelah,untuk mencari ikon yg blh djadikn contoh untuk masyarakat kite..ok lah,aku pon xnak breleteh panjang..berikut adalah senarai peserta imam muda yg layak seramai 10 org..

Sepuluh orang calon Imam Muda yang terpilih itu ialah Amiril Md. Banin, 25, Kuala Lumpur; Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan, 26, Pulau Pinang; Ahmad Hazran Ahmad Kamal, 26, Negeri Sembilan; Hizbur Rahman Omar Zuhdi, 27, Kedah; Muhammad Khairul Azhar Ghazali, 21, Kedah; Nik Muhammad Adib Md Amin, 22, Kelantan; Nuri Ali Arbain, 25, Pahang; Sharafuddin Suaut, 26, Sarawak; Ahmad Syakir Zamri, 19, Kelantan; dan Mohd Taufek Mohd Noh, 27, Johor.

aku harap program ni tidak sekadar program realiti semate2..tetapi juge blh melahirkan insan yg blh djadikan contoh untuk masyakarat bg golongan mude khasnye supaya dapat memberikan kecemerlangan hidup di dunia dan akhirat...

t-shirt muslimah (SINAR INSPIRASI)

kali ni aku nk share ttg bisnes kecil2 an aku..selame aku dok umah selepas tamat pengajian hr tuh aku tlh brjinak2 dlm bisnes2 kecik2 jek..bisnes ni pon member aku yg tarik aku..aku bisnes baju muslimah jek..yelah,name pon muslimah mst untuk kaum wanita jek..kpd adik2,kakak2,makcik2 yang berminat untuk membuat tempahan baju muslimah blh la kontek2 sy..hehee...ni katalog baju muslimah untuk yang berminat..




harga jualan runcit rm35 untuk saiz S,M,L dan rm45 untuk saiz XL,XXL,XXXL..
kepada sesiape yg brminat blh la email sy di pidodido88@gmail.com...
sile nyatekan alamat,kod baju dan bilangan baju..
begitu menarik dengan pelbagai corak dan warna yang pastinya SI PEMAKAINYA akan tampil ceria dan sopan. Mempunyai saiz dari S-XXXL. ....siapa cepat dia yang dapat...dapatkannya dengan segera...

asam pedas ikan mayong....

hari ni ujan turun dengan lebatnye..tepat jam 12 tgh hr perot aku da start berbunyi menandekan sudah lapo..tp hr ni aku rase sangat special sbb mak aku msak untuk aku lauk kegemaran aku iaitu asam pedas ikan mayong..pehh, memg masyuk arr..
ibarat orang yg mgantuk dsorongkan bantal..lagikan perot yang lapar dihidangkan asam pedas ikan masyong neh...hahaa..


tiade yg dapat tandingi keenakan asam pedas masakan mak ku nehh...hehee,thankz to my lovely mom Pn.Hjh Norhayati bte Hj Mustafa..you are the best mom ever..yeaahh!!..


Mendaki Gunung Ledang

welcome to my page..this my 1st entry,1st story and 1st experience..hehee..ni nak share la mase 1st time berpeluang mendaki gunung ledang..1st experience yg xbleh dlupekan walaupun byk halangan dan dugaan yg dtempuhi..pendakina yang penuh cabaran ni dapat gak aku sampai ke puncak akhirnye..walaupun stamina x tinggi mane,tp brbekalkan semangat dan keazaman yang tinggi akhirnye smpay gak..hehee..trip ke gunung ledang mgambil mase 45 minit perjalanan dari muar ke tangkak..sebelum menyambung perjalanan ke kaki gunung ledang ktorg brkumpul dulu untuk membuat rancangan ke sane..tepat jam 9 mlm br dpt gerak dengan menaiki kereta sewa naza ria..huhuu..seramai 13 org follow trip neh trmasuk 2 org pompuan..smpay di camp side menunggu guider kami smpay sambil2 msak sket utk mgisi perot yg lapar..mknan alakadar jek..nasi putih laok ikan sarden..huhuu..tepat jam 12 tgh mlm mulekan prjalanan pendakian setinggi 4187 ft..
ni de sket info ttg gunung ledang untuk pendaki..

Gunung Ledang, atau Mt Ophir dalam Bahasa Inggeris adalah barangkali gunung yang paling dikenali di negara ini. Semua ini disebabkan kisah penuh legenda yang membabitkan seorang sultan yang amat masyhur dengan seorang puteri yang tinggal di puncak gunung ini, iaitu Puteri Gunung Ledang.Hakikatnya, gunung Ledang hanyalah sebuah gunung yang terletak di negeri Johor, bersempadanan dengan negeri Melaka. Gunung ini berketinggian 1,276 m, menjadikannya gunung tertinggi di Negeri Johor, dan yang 64 tertinggi di Malaysia.Pada ketinggian ini, dapat dilihat panorama indah Selat Melaka daripada hari cerah, dapat dilihat dengan jelas pesisir pantai Sumatra.Gunung Ledang merupakan destinasi yang paling ideal untuk tujuan santai dan berkelah, menikmati keindahan alam, flora dan fauna ciptaan yang Maha Esa dan juga bagi yang gemarkan cabaran, Gunung Ledang juga sangat sesuai untuk tujuan jungle trekking dan mount climbing. Tidak hairanlah jik gunung ini menjadi gunung yang plaing kerap didaki di Malaysia dan kisah penuh legendanya diabadikan dalam filem Melayu yang menelan belanja terbesar dalam sejarah pembuatan filem tempatan, Puteri Gunung Ledang.



ni lak salah satu halangan pendakian..

kiri : zam, tengah : ilham, kanan : aku

haaa..yang ni plak ble da smpay kat puncak...

huhuu..bangge tol dapat smpay kat puncak gunung ledang neh..untuk smapay di puncak neh xcukup dengan semangat yang ade je..selain tu perlu ade kekuatan stamina dan mental jugak..hurrmm,kseronokan dan kepuasan xdpt dgambarkan ble da smpay kt puncak neh..kalu ade rezeki ingat nak pegi lagi..huhuu..insyaAllah....


Widget